BERANG apabila mengetahui suaminya ‘makan luar’ seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel.
Rakaman insiden itu yang dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan.
Kantoi main kawan baik isteri, Nadia Nordin belasah skandal suami dengan botol
Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang sudah pun bogel memohon untuk dilepaskan kerana sakit.
Difahamkan, wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala.
Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.
Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan pertuturan, kejadian dipercayai berlaku di bahagian Pantai Timur negara.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kantoi main kawan baik isteri, Nadia Nordin belasah skandal suami dengan botol"
Post a Comment