Isu Ikan Talapia ada sel kanser, ini penjelasan Jabatan Perikanan Malaysia

DOF menyangkal untuk sekian kalinya viral berkaitan ikan talapia “stop eating tilapia ASAP”

Tilapia di Malaysia selamat dimakan. In shaa Allah..

Isu Ikan Talapia ada sel kanser, ini penjelasan Jabatan Perikanan Malaysia

Isu Ikan Talapia ada sel kanser, ini penjelasan Jabatan Perikanan Malaysia

Isu Ikan Talapia ada sel kanser, ini penjelasan Jabatan Perikanan Malaysia

 

MAKLUMBALAS TERHADAP DAKWAAN IKAN TILAPIA MEMPUNYAI SEL KANSER OLEH PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)

ISU YANG DIBANGKITKAN
1⃣ Ikan tilapia mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian WHO
ULASAN DOF
WHO tidak langsung mengeluarkan laporan sedemikian di laman webnya.
Tiada artikel saintifik (di dalam dan luar negara) berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.
2⃣ Ikan tilapia diternak dengan “hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals”
ULASAN DOF
Tiada laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan tilapia di negara ini.
Pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini kebanyakannya menggunakan strain tilapia yang ditambahbaik melalui pembiakbakaan (selective breeding), kacukan dan hybrid untuk tujuan meningkatkan kadar tumbesaran. Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi.

3⃣ Omega 6 fatty acid in tilapia can increase risk of getting blood clot, arthritis
ULASAN DOF
Kajian saintifik yang dijalankan oleh FRI bersama WorldFish pada tahun 2010 berkaitan kandungan fatty acid dalam isi tilapia mendapati paras omega-3 lebih rendah berbanding omega-6.
Penentuan risiko kepada kesihatan manusia untuk penyakit seperti dinyatakan di atas dibuat dengan mengira nisbah omega-6 kepada omega-3. Jika nilainya melebihi 5, ia dianggap berisiko kepada kesihatan manusia.
Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati nisbah yang direkodkan adalah 3.3 yang menunjukkan ia jauh lebih rendah daripada paras berisiko tersebut.

RUMUSAN
Ikan Tilapia Malaysia berpotensi besar di dalam pasaran domestik dan eksport serta mempunyai stok ternakan yang baik juga selamat untuk dimakan.

Sekian, harap maklum.

 

Sumber: DOF



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Isu Ikan Talapia ada sel kanser, ini penjelasan Jabatan Perikanan Malaysia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect