Guru cacatkan wajah pelajar dengan membaling bekas minuman seramik didakwa di mahkamah, pihak sekolah enggan tanggung kos perubatan

Seorang guru yang dituduh menyebabkan wajah pelajarnya cacat selepas membaling koleh kopi ke muka mangsa akan didakwa di mahkamah, kata polis semalam, selepas kes itu viral di media sosial.

Keluarga pelajar berusia 17 tahun, Narudee Jodsanthia mengadu di media pada minggu ini selepas pihak sekolah enggan membayar kos rawatan perubatan mangsa.

Guru cacatkan wajah pelajar dengan membaling bekas minuman seramik didakwa di mahkamah, pihak sekolah enggan tanggung kos perubatan

Guru cacatkan wajah pelajar dengan membaling bekas minuman seramik didakwa di mahkamah, pihak sekolah enggan tanggung kos perubatan

Ibu bapa Narudee mendakwa pelajar itu mengalami kerosakan saraf muka selepas seorang guru pendidikan jasmani membaling koleh seramik yang mengenai kepalanya.

Kerosakan saraf itu menyebabkan sebahagian muka pelajar itu senget.

Kejadian berlaku pada awal Ogos lalu, selepas Narudee dan beberapa rakannya enggan mematuhi arahan guru berkenaan.

Jurucakap polis di daerah Chokechai di wilayah Nakhon Ratchasima, Karn Singchangchai berkata, guru lelaki itu bakal didakwa atas tuduhan menyerang pelajarnya.

“Guru ini memberitahu dia akan hadir untuk mendengar tuduhan ke atasnya tetapi sehingga kini dia tidak muncul,” katanya.

Seorang pegawai pendidikan daerah, Chukiat Visetsena memberitahu, guru berkenaan dipindahkan ke sekolah lain sementara menunggu siasatan. – AFP

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Guru cacatkan wajah pelajar dengan membaling bekas minuman seramik didakwa di mahkamah, pihak sekolah enggan tanggung kos perubatan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect