Empat pelari 1,500m Paralimpik atasi rekod emas pelari Olimpik

Ahad lalu, Fouad Baka dari Algeria menamatkan saingan akhir larian 1,500 meter (T12/13) dalam masa 3 minit 49.84 saat di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil.

Ia menakjubkan, sangat pantas jika dia melakukan catatan masa itu di lapangan sama pada Ogos lalu untuk menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Rio Matthew Centrowitz Jr dari Amerika Syarikat.

Empat pelari 1,500m Paralimpik atasi rekod emas pelari Olimpik

Empat pelari 1,500m Paralimpik atasi rekod emas pelari Olimpik

Centrowitz Jr hanya merekodkan 3 minit dan 50 saat di garisan penamat untuk emas miliknya.

Sayangnya Fouad tidak beraksi di temasya Olimpik. Dia mengambil bahagian dalam Paralimpik dan menamatkan larian di belakang tiga atlet lain.

Fouad meraih tempat keempat untuk kategori cacat penglihatan dengan catatan masa mengatasi Centrowitz Jr.

Di depannya pemenang pingat gangsa, Henry Kirwa dari Kenya (3:49.59), pingat perak Tamiru Demisse dari Ethiopia (3: 48,59) dan pemenang emas Abdellatif Baka (3:48.29) yang juga saudara kembar Fouad.

“Bukan mudah untuk meraih pingat emas ini,” kata Abdellatif selepas aksi akhir seperti dilaporkan huffingtonpost.com.

“Saya telah kerja keras tanpa henti sejak satu atau dua tahun dan ia sangat sukar bagi saya,” katanya.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Empat pelari 1,500m Paralimpik atasi rekod emas pelari Olimpik"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect