Banjir berdarah di Dhaka akibat dari ibadah korban

Ibu negara Bangladesh di sini bermandikan darah akibat ibadah korban sempena perayaan Aidiladha awal minggu ini, sehingga menghasilkan satu imej ngeri.

Meskipun Jabatan Meteorologi Dhaka telah membuat ramalan hujan lebat pada pagi Raya di bandar berkenaan namun penduduk masih meneruskan aktiviti penyembelihan selepas menunaikan solat sunat.

Akibat ibadah korban, Dhaka dibanjiri ‘sungai berdarah’

Akibat ibadah korban, Dhaka dibanjiri ‘sungai berdarah’

Akibatnya, bandar tersebut dibanjiri air yang kemudiannya dipenuhi darah daripada tinggalan korban yang dilakukan merata tempat di bandar itu, lapor portal Dhaka Tribune.

Timbalan ketua pegawai pengurusan sisa selatan Dhaka, Khandker Millatul Islam berkata banjir kilat di ibu negara merupakan masalah lama.

“Kami masih berusaha untuk menyelesaikan isu ini,” akuinya.

“Kami sudah mengarahkan agar pam di Manik Nagar Wasa dihidupkan, jadi kami berharap bahawa tidak lama lagi masalah ini dapat diselesaikan.”

Ekoran kejadian itu, para penduduk mengecam dua syarikat yang bertanggungjawab membersihkan sisa-sisa korban tersebut.

Menurut mereka, insiden berkenaan menunjukkan kegagalan syarikat memastikan sistem perparitan di bandar itu berfungsi malah tidak memberi perhatian serius sebelum Hari Raya.

Ramai penduduk Dhaka melaksanakan ibadah korban di tepi jalan atau di hadapan rumah mereka. — Foto ihsan Twitter/@iam_RajSingh

Ramai penduduk Dhaka melaksanakan ibadah korban di tepi jalan atau di hadapan rumah mereka. — Foto ihsan Twitter/@iam_RajSingh

Kedua-dua syarikat berkenaan juga bertanggungjawab menyediakan 1,000 lokasi penyembelihan haiwan iaitu 496 di utara dan 504 di selatan.

Bagaimanapun sejak pagi Raya, aktiviti menyembelih haiwan dilakukan cuma di tepi jalan, akhirnya dipenuhi dengan darah dan sisa buangan.

Sementara itu, portal India Today melaporkan penduduk Dhaka mendakwa lokasi penyembelihan yang ditetapkan syarikat terlalu jauh dari rumah mereka.

Oleh itu, penduduk di beberapa kawasan selamba melakukan aktiviti penyembelihan di hadapan rumah mereka.

Umat Islam melaksanakan ibadah korban ketika Hari Raya Aidiladha, dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu dan kambing bagi memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diarahkan oleh Tuhan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Satu pertiga daging korban akan disimpan oleh keluarga penyembelih, satu pertiga lagi kepada fakir miskin, dan satu pertiga kepada sanak saudara dan jiran.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Banjir berdarah di Dhaka akibat dari ibadah korban"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect