Jutawan transgender Sofea Ilias mencari pengendali haji, atau mutawif, pembimbing yang faham perasaan mak nyah untuk membimbingnya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.
“Salam semua, siapa dekat sini boleh jadi mutawif atau ada nak cadangkan kawan-kawan yang pandai untuk bimbing saya sekeluarga ke umrah bulan 12 ini.
Bakal tunai umrah Disember ini, Safiey Ilias cari pembimbing yang faham perasaan mak nyah
“Hendak yang peramah, arif, berpengalaman dan memahami jiwa-jiwa mak nyah sensitif serta budak-budak yang bising-bising ini.”
“Senang cerita yang mesra alam. Tak nak yang mudah [terasa] sebab saya jenis cakap lepas,” tulis Sofea dalam satu coretan awam di laman Facebook peribadinya.
Permintaan beliau mendapat balasan daripada beberapa lelaki yang berminat.
“Saya ada juga kenalan bahkan saudara yang lembut jadi tu insyaAllah bukan masalah besar untuk diuruskan,” kata seorang mutawif bernama Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy.
Sofea juga menerima komen daripada mutawif bernama Lutfi Lokman, yang memanggil beliau sebagai “tuan.”
“Jika Tuan Safiey berminat, bolehlah bersama kami untuk program umrah tersebut. Jika tidak mahu, ramai mutawif lain yang berkaliber yang dicadangkan di dalam komen page anda.
“Mereka hebat, berpengalaman, berilmu, petah bercakap, bijak, dan mempunyai karisma yang melebihi saya. Cuma bab kacak je itu mungkin ada pada saya,” kata Lutfi.
Sofea baru-baru ini mengakui kembali dengan identiti transgender kerana “terlampau penat” apabila masih dihina dan dikecam walaupun cuba hidup dengan identiti lelaki.
Juga dikenali sebagai Safiey, pemilik DSI Empire tersebut mengusahakan produk-produk kecantikan kulit Aurora, WisPutih dan Perlaking.
Beliau sebelum ini dilaporkan kembali dengan identiti lelaki sekitar Disember tahun lalu apabila mula mendekatkan diri dengan kumpulan dakwah tabligh.
Dilahirkan Safiuddin Ilias, 22, beliau juga dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 15 April lalu selepas membuat payudara palsu pada umur 19 tahun.
“Transgender” atau “mak nyah” merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada mereka yang dilahirkan lelaki tetapi lebih selari dengan identiti wanita.
Sumber: Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Bakal tunai umrah Disember ini, Safiey Ilias cari pembimbing yang faham perasaan mak nyah"
Post a Comment