Video kanak-kanak 5 tahun di Syria cedera duduk di kerusi sambil lap darah tapi tak menangis jadi viral, raih perhatian dunia

Sekeping foto memaparkan kelibat seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian perang di perkampungan Aleppo sebelum ini telah mengejutkan banyak pihak.

Menerusi paparan foto tersebut, seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Omran Daqneesh dilihat sedang duduk di atas kerusi sebuah ambulans selepas serangan udara di kampung halamannya.

Video kanak-kanak 5 tahun di Syria cedera duduk di kerusi sambil lap darah tapi tak menangis jadi viral, raih perhatian dunia

Video kanak-kanak 5 tahun di Syria cedera duduk di kerusi sambil lap darah tapi tak menangis jadi viral, raih perhatian dunia

Selain daripada itu, muka Omran turut diselaputi debu akibat runtuhan berserta dengan kesan luka dan darah di dahinya.

Dalam pada itu, terdapat juga video dimuat naik oleh orang awam menunjukkan Omran sedang mengelap dahinya yang berdebu dengan menggunakan tangan sebelum menyedari terdapat pendarahan di kepalanya itu.

Walaupun mengalami luka agak teruk, Omran dilihat tidak menangis dan hanya menanti pasukan penyelamat yang meninggalkan ambulans tersebut bagi menyelamatkan nyawa empat lagi kanak-kanak lain untuk dibawa ke hospital.

Lebih memilukan, watak kartun CatDog yang pada t-shirt yang dipakai Omran juga hampir tidak kelihatan disebabkan oleh debu dan darah.

Foto dan video kanak-kanak malang itu mula menjadi viral selepas dimuat naik semalam sehingga menimbulkan reaksi terkejut kepada orang ramai susulan tragedi yang menimpa bandar tersebut.

Menurut laporan ABC, Omran mengalami luka di bahagian kepala apabila rumahnya di pinggir bandar timur yang dikuasai pemberontak Aleppo dilanda serangan udara.

Sukarelawan dari kumpulan Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai White Helmets berjaya menyelamatkan Omran bersama dengan tiga kanak-kanak lain .

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital M10 malah Omran turut dilaporkan telah menerima kebenaran untuk keluar dari hospital.

Namun begitu, doktor memaklumkan bahawa sehingga kini mereka masih tidak mengetahui di manakah lokasi ibu bapa kanak-kanak malang itu.- Daily Mail

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Video kanak-kanak 5 tahun di Syria cedera duduk di kerusi sambil lap darah tapi tak menangis jadi viral, raih perhatian dunia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect