Jika tidak kerana Usain Bolt, atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa mungkin mampu layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik Rio, semalam.
Atlet berusia 24 tahun dari Johor itu terjejas sedikit tumpuannya ketika kali pertama mahu melepasi ketinggian 2.26 meter di Stadium Olimpik apabila jaguh pecut dari Jamaica itu memenangi acara riben biru 100m dengan masa 9.81 saat.
Usain Bolt punya angkara
Nauraj, pemenang pingat emas Sukan SEA Myanmar 2013 dan Singapura 2015, berjaya dalam cubaan keduanya pada ketinggian itu namun jika dia melepasinya pada cubaan pertama, dia pasti berada dalam kelompok 16 layak ke acara akhir.
“Malang sekali saya terlepas peluang layak ke akhir. Jika saya berjaya melepasi ketinggian 2.26m kali pertama mencuba, saya pasti sudah layak,” ujarnya yang layak ke Sukan Olimpik kali pertama dan secara merit selepas mencatat 2.29m di Singapura awal tahun ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Usain Bolt punca atlet lompat tinggi Malaysia Nauraj Singh gagal layak ke final"
Post a Comment