INILAH yang dikatakan seumpama ‘terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya’.
Tindakan sebuah akhbar tempatan popular, Kosmo! yang tergamak menyiarkan artikel muka depan bertajuk ‘Peng Soon-Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia’ mengundang padah apabila teruk menerima kecaman daripada netizen tanah air.
Tajuk Akhbar Kosmo! Undang Kecaman Netizen
Rata-rata ramai netizen tidak bersetuju dengan penggunaan tajuk berita itu yang disifatkan sebagai agak keterlaluan seolah-olah memperlihatkan akhbar tersebut tidak tahu menghargai usaha dan penat lelah dua atlet berkenaan yang telah pun meraih pingat perak.
“Tajuk berita kau tu yang menghampakan rakyat Malaysia bukan atlet tu yang menghampakan,” kata Harimau Malaya.
“Sakit hati pulak hati saya baca tajuk ni,” tulis Sole’ Solihen.
“Bersyukurlah dapat perak. Bukan mudah tinggalkan anak semua… berlatih nak rak 4 tahun… alhamdulillah dapat perak dan KALI PERTAMA dapat pingat… FansIndonesia pun ucap tahniah. Inikan rakyat Malaysia. Ayat hampakan tuu sinis sikitlah,” tulis Aris Aries.
Ramai pengguna media sosial mendakwa kegagalan dua pemain itu tidak perlu diungkit walhal, ini adalah kali pertama beregu campuran berjaya menerima pingat sejak acara badminton mula diperkenalkan pada temasya Olimpik Barcelona 1992 di Sepanyol.
Oleh itu, pencapaian Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Sukan Olimpik Di Rio De Janeiro, Brazil sememangnya cukup membanggakan apatah lagi mereka bukan pemain pilihan utama dan langsung tidak diletakkan sebarang harapan untuk mara ke peringkat final.
Dek kerana keterlajuran tajuk itu juga, terdapat netizen melabelkan penulis artikel berkenaan sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan dan berjiwa patriotik terhadap kehebatan pemain tempatan mampu menentang lawan yang jauh lebih berpengalaman.
Gandingan Peng Soon-Liu Yin bagaimanapun tewas straight set 21-14, 21-12 dalam aksi final melawan pasangan campuran dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir di Pavilion 4 Riocentro.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Tajuk akhbar kosmo ‘Peng Soon-Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia’ dihentam teruk"
Post a Comment