Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menjelaskan bahawa pengguna domestik hanya layak mendapat rebat jika mereka mengalami gangguan elektrik selama empat atau lima kali setahun, dan bukannya empat atau lima kali sebulan seperti yang dilaporkan Bernama sebelum ini.
Suruhanjaya Tenaga: Dapat rebat jika terputus bekalan elektrik 4 atau 5 kali setahun
Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, pengguna domestik di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mengalami gangguan elektrik selama empat jam dan lebih empat kali setahun, boleh mendapat rebat sebanyak satu peratus daripada bil purata bulanan bagi tempoh 12 bulan atau RM10, yang mana satu lebih tinggi.
Bagi pengguna di negeri-negeri lain, mereka boleh mendapat rebat serupa sekiranya berlaku gangguan lebih lima kali setahun, di mana setiap satunya terputus bekalan lebih daripada empat jam.
ST merujuk laporan berita dikeluarkan Bernama pada Jumaat lepas, yang memetik suruhanjaya bahawa para pengguna layak menerima sejumlah rebat sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu, namun tidak ramai yang tahu mengenainya.
Sumber : BERNAMA
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
“Pelakon baru zaman ni manja” – Rusdi RamliMenjengah pengalaman selama 30 tahun dalam industri memberikan ruang kepada pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli menimba 1,001 pengalaman hebat… Read More...
Luahan Hati Nora Sambut Ramadhan Tanpa Suami Buat Netizen SebakGenap tiga bulan komposer serta suami kepada penyanyi Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi pergi menghadap illahi.
Selepas permegian suami t… Read More...
“Pakcik kena rompak. Depa tendang moto, ambil habis duit dengan IC pakcik. Pakcik nak beli daging buat makan esok, nak..”
6 jam yang lalu, seorang wanita memuat naik gambar dan kapsyen mendakwa seorang lelaki warga emas telah disamun ketika menunggang motosikal… Read More...
“Saya harap saya mati dalam keadaan masih kekal dalam Umno selain mati dalam iman” – Annuar MusaKetua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘iman politiknya’ tidak goyah dalam Umno walaupun terdapat seruan supaya beliau meningga… Read More...
Terkejut doktor cun datang melawat: “kini kami berkawan”“Bagai mimpi”, demikian kata seorang mat motor kerana tidak menyangka doktor wanita yang membantunya dalam kemalangan, Ahad lalu, tiba-tiba … Read More...
0 Response to "Suruhanjaya Tenaga: Dapat rebat jika terputus bekalan elektrik 4 atau 5 kali setahun"
Post a Comment