Selepas mengalami krisis rumah tangga kebelakangan ini, pelakon dan pelawak, Along Cham kini dalam proses memfailkan cerai secara nusyuz dengan isterinya, bekas bintang “Akademi Fantasia”, Zila Seeron.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, keputusan berkenaan dibuat selepas mengetahui isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya, lapor akhbar Berita Harian.
Baca artikel sebelum: Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin, “saya tak pernah larang dia jumpa anak, tapi bulan Syawal pun tak nampak batang hidung”
“Lebih mengecewakan, saya dapat tahu dia keluar berhibur di kelab hiburan dengan kakaknya hampir setiap malam sekitar Seremban tanpa meminta izin. Inikah cara dia melepaskan tekanan?” soalnya.
“Saya masih suaminya tetapi tempat tinggalnya pun saya tidak tahu. Hampir setiap malam dia mencetuskan perbalahan dan minta cerai melalui telefon. Macam-macam cara yang dilakukan, tetapi rasanya biar saya saja yang tahu demi menjaga aibnya dan keluarga mentua saya.”
Along, 33, yang diburu media sebelum ini berkata telah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya namun gagal.
Mengakui masih sayangkan isterinya, beliau mahu menutup aib kedua-dua keluarga dan enggan bercerita dengan lebih lanjut.
Naib juara program “Raja Lawak” itu juga menolak dakwaan menghalau isterinya keluar dari rumah mereka.
Sebaliknya kata Along, Zila sendiri keluar dari rumah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripadanya.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Punca Along Cham failkan nusyuz terdedah, rupanya Zila AF ke kelab malam setiap hari bersama kakak tanpa izin Along untuk lepaskan tekanan"
Post a Comment