Polis siasat Maahad Tahfiz neraka di Perak

Polis Perak mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat mengenai kes jenayah seksual membabitkan sebuah pusat tahfiz di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini pihaknya sudah merakamkan percakapan beberapa individu berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis sudah rakam percakapan seramai 10 individu setakat ini termasuk pihak pengadu, pihak pengurusan dan tenaga pengajar serta pelajar di pusat terbabit.

Baca: 

Ustaz terkenal beri alasan ianya cuma cubaan meliwat sahaja di Maahad Tahfiz miliknya, akan kalah jika dibawa ke mahkamah dan ugut akan membalas balik

Maahad Tahfiz Neraka – Perkembangan terkini!

Polis siasat Maahad Tahfiz neraka di Perak

Polis siasat Maahad Tahfiz neraka di Perak

“Siasatan perlu dijalankan secara teliti kerana ia tuduhan yang serius dan polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377 (e) Kanun Keseksaan kerana salah laku seksual terhadap kanak-kanak,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

Berita mengenai dakwaan salah laku seksual membabitkan mangsa pelajar pusat tahfiz itu menjadi viral melalui media sosial terutama Facebook sejak semalam dengan tajuk ‘Insiden Maahad Tahfiz Neraka‘.

Status dimuat naik yang viral itu mendakwa berlaku aktiviti buli seksual luar tabii terhadap beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan yang dilakukan pelajar senior serta anak pengetua pusat terbabit.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Polis siasat Maahad Tahfiz neraka di Perak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect