Pemuda ini dituduh khalwat siang hari gara-gara tidak benarkan AJK surau periksa rumah, polis juga nasihat kata mereka hanya jalankan tugas

Hanya kerana enggan membenarkan individu tidak dikenali masuk ke rumah tanpa kebenaran, seorang lelaki dituduh berkhalwat sehingga diheret ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk siasatan.

Pemuda berusia 25 tahun itu mendakwa empat lelaki mengetuk pintu rumahnya di sebuah kondominium di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kira-kira 11 pagi Sabtu lalu dan memperkenalkan diri sebagai ahli jawatankuasa (AJK) kariah surau.

Pemuda ini dituduh khalwat siang hari gara-gara tidak benarkan AJK surau periksa rumah, polis juga nasihat kata mereka hanya jalankan tugas

Pemuda ini dituduh khalwat siang hari gara-gara tidak benarkan AJK surau periksa rumah, polis juga nasihat kata mereka hanya jalankan tugas

“Lelaki berkenaan berumur dalam lingkungan 40-an mendakwa mereka mendapat aduan kes khalwat hasil aduan orang awam, meminta kad pengenalan kami dan meminta izin untuk masuk ke dalam rumah,” katanya kepada ProjekMMO pada Isnin.

Namun keadaan menjadi tegang apabila beliau enggan membenarkan mereka masuk ke rumah tanpa diberi alasan kukuh sehingga berlaku pertelingkahan.

“Hanya seorang sahaja daripada mereka yang menunjukkan surat lantikan AJK surau. Salah seorang lagi hanya memakai seluar pendek dan menjerit-jerit memaksa saya benarkan mereka masuk,” katanya.

Ketika kejadian, beliau mendakwa beliau bersama tiga lagi rakannya, seorang lelaki dan dua perempuan. Salah seorangnya warga China.

Katanya, “AJK surau” itu kemudiannya menelefon polis untuk minta campur tangan sebelum kedua-dua pihak diarah ke balai polis untuk membuat laporan.

“Polis datang kira-kira setengah jam kemudian, memegang kad pengenalan kami, memeriksa dalam rumah, kemudian mengarahkan kami pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan direkodkan keterangan.

“Mereka sempat menasihati supaya menghormati orang tua, menyerahkan kad pengenalan kepada ahli surau terbabit dan mempertahankan mereka ‘hanya menjalankan tugas’,” katanya, merujuk kepada pihak polis.

Katanya, ketika di balai polis mereka dimaklumkan kes akan disiasat dibawah Jais dan mereka perlu menunggu kedatangan penguatkuasa agama untuk untuk dibawa pergi.

Katanya, mereka ditahan di Jais beberapa jam sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.

“Kawan-kawan datang ke rumah saya untuk berbincang tentang hal perniagaan. Saya memang menjadikan rumah saya untuk urusan kerja.

“Jadi dakwaan khalwat itu sememangnya fitnah lebih-lebih lagi di siang hari,” katanya yang bekerja dalam bidang pengurusan media, penghasilan filem, dan juga seorang aktivis pendidikan.

Ditemui selepas memberi keterangan Jais, beliau berkata kes masih dalam siasatan dan dipanggil hadir ke mahkamah pada Februari tahun depan.

“Jais akan menyiasat sama ada kes ini akan diteruskan atau boleh digugurkan,” katanya yang merancang untuk membuat laporan polis selepas dinasihati peguam.

“Mereka ugut dan cuba nak menceroboh kediaman. Ketika kejadian kami sedang makan dan mereka nampak masing-masing depan komputer riba tapi saya tak faham kenapa mereka masih berkeras nak teruskan juga.

“Saya lebih rela berdepan undang-undang daripada benarkan mereka masuk tanpa alasan kukuh,” katanya.

Pada bulan April, pegawai Jais telah menceroboh rumah pelakon Faye Kusairi hanya dengan menggunakan aduan khalwat palsu, walaupun beliau tiada di rumah waktu itu.

Sumber : Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Pemuda ini dituduh khalwat siang hari gara-gara tidak benarkan AJK surau periksa rumah, polis juga nasihat kata mereka hanya jalankan tugas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect