SEJAK kecil saya mengikuti ruang sembang-sembang di Utusan Malaysia. Banyak isu rumah tangga yang sesuai dijadikan pedoman buat saya yang masih bujang.
ANAKNYA GAY, MAK SIBUK CARI MENANTU
ANAKNYA GAY, MAK SIBUK CARI MENANTU
Sekurang-kurangnya persediaan mental, keperluan fizikal dan memenuhi setiap tanggungjawab sebagai seorang suami kelak.
Saya bersimpati pada nasib seorang kakak yang diceraikan suaminya yang tidak bernafsu pada perempuan seperti tersiar di halaman ini minggu lalu.
Saya ingin berkongsi cerita seorang teman saya yang mengamalkan kehidupan songsang ini sebagai teladan untuk masyarakat.
Demikian e-mel yang saya terima daripada seorang peminat ruangan ini yang hanya mahu dikenali sebagai Haris (bukan nama sebenar).
Ini cerita Haris.
“Saya masih belum berkahwin tetapi mempunyai pemikiran cukup positif tentang masa depan bagi seorang lelaki. Pengalaman mengajar saya menjadi lebih berhati-hati dalam mencari erti hidup sebenarnya.
“Kebanyakan wanita masa kini mempunyai kerjaya, rumah besar, kereta mewah, malahan sangat profesional dalam menguruskan kehidupan seharian. Sayangnya, mereka masih tidak dihargai suami yang tidak mencintai wanita.
“Saya ingin mengambil contoh seorang rakan baik saya yang sudah terjebak di dalam gejala songsang ini semasa di universiti dahulu. Tidak dinafikan, keramahannya membuatkan rakan saya itu dikenali ramai.
“Sekarang, dia sedang menyambung pelajaran di Manchester, United Kingdom. Lagi terbuka luaslah peluangnya untuk buat perangai kerana tidak ada siapa melarang atau nampak. Kemewahan yang diberikan keluarga seperti kereta menyebabkannya mudah bergerak ke sana dan sini.
“Peluangnya, melanjutkan pelajaran di Manchester menyebabkan kehidupannya bertukar 360 darjah. Nafsunya dilampiaskan pada insan bernama lelaki.
“Dia pernah meminta ibunya untuk berkahwin awal, tetapi ibunya tidak membenarkan. Itu juga mungkin antara faktor yang mendorong sahabat saya ini gemar kepada kaum sejenis.
“Menyambung cerita kawan saya ini, sewaktu ujian saringan HIV untuk ke luar negara, dia negatif HIV walaupun sering tidak memakai pelindung (kondom) ketika melakukan hubungan seks dengan lelaki.
“Hubungan saya dengannya juga sudah tidak seperti dahulu setelah saya dapat tahu hubungan dan kelakuan songsangnya itu. Bukan saya membencinya, namun saya marah perbuatannya yang jelas menyalahi agama. Sudah puas dinasihat, tetapi dia enggan terima.
“Ironiknya, dia bersolat lima waktu sehari, namun solatnya tidak berjaya membendungnya dengan perlakuan songsang. Saya sangat risau jika ibunya menjodohkan dia dengan mana-mana gadis. Kasihan anak dara orang, sebab sahabat saya itu tegar tetap pada lelaki.
“Saya percaya antara faktor yang menyumbang kepada perlakuan ini adalah lambakan aplikasi di android seperti Blue, We Chat, Grindr dan Planet Romeo. Dari remaja sampailah orang dewasa, semuanya boleh diperoleh dengan mudah.
“Perkara ini bukan budaya kita, ia haram dan patut ditegah. Rakan sebaya seharusnya memainkan peranan penting dalam membimbing rakan sebaya lain supaya tidak menjadi suami yang menganiaya isteri.
“Itu yang saya bimbangkan sekarang. Saya risau sahabat saya ini akan melakukan perkara yang sama kepada bakal isterinya. Saya ada dengar ura-ura yang dia akan berkahwin.
“Saya, seboleh-bolehnya ingin menasihatinya supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Hidup cara lelaki normal dan tidak melakukan perkara yang dilarang agama.
“Saya bimbang dia tidak mahu mendengar nasihat kami kawan-kawannya, sedangkan ibunya beria-ia ingin melihat anaknya bernikah dan melahirkan cucu untuknya. Khabarnya dia akan bernikah hujung tahun ini.
“Mudah-mudahan sahabat saya itu, ada terbaca catatan ini dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Allah sentiasa menerima permintaan hambaNya yang mahu bertaubat.
“Semoga Allah melindungi dia dan bahagiakan hidupnya ke jalan Allah,’ demikian kata Haris menamatkan ceritanya.
Kita sama-sama doakan supaya sahabat Haris kembali ke pangkal jalan. Tetapi bukan mudah untuk mengajak orang ke arah kebaikan, lebih-lebih lagi berkaitan hal peribadi.
Ironinya lelaki yang hidup dalam ‘dua alam’ ini semakin ramai di Malaysia. Kesannya, ramai wanita yang mereka nikahi memendam rasa dan akhirnya diceraikan.
Rumah tangga tidak bertahan lama, kerana isteri akan meminta cerai sebab suami asyik keluar rumah mencari pasangan sejenisnya. Semoga budaya songsang ini dapat diatasi daripada terus menjadi virus di dalam masyarakat kita.
“Saya sangat berharap ibu bapa khasnya yang ada anak lelaki yang akan berkahwin, siasat hal peribadi anak-anak terlebih dahulu sebelum mencari calon isteri atau membenarkan mereka bernikah.
Menamatkan catatan, pesanan saya, andai tidak boleh menjadi yang terbaik, cukuplah sekadar mampu membahagiakan.
Salam
Sumber: Utusan Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Lelaki solat 5 waktu sehari masih lagi gay, mak pula sibuk cari menantu"
Post a Comment