Lelaki curi duit tabung masjid RM4 dipenjara sehari dan diarah pulangkan semula duit kepada masjid

Seorang penganggur dihukum penjara sehari oleh mahkamah majistret hari ini selepas mengaku salah mencuri RM4 duit tabung masjid.

Hukuman diputuskan Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri terhadap Mohd Sahabudin Zainal Abidin,30, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Lelaki curi duit tabung masjid RM4 dipenjara sehari dan diarah pulangkan semula duit kepada masjid

Lelaki curi duit tabung masjid RM4 dipenjara sehari dan diarah pulangkan semula duit kepada masjid

Mohd Sahabudin didakwa telah mencuri duit tabung masjid sebanyak RM4 milik Masjid Kampung Chempaka, jam 9.30 pagi, 12 Ogos lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wong Siew Mun dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memberitahu mahkamah dia menghidap sakit mental, namun ketika ditanya Ahmad ‘Adha adakah dia faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya itu, dia mengaku faham.

Tertuduh juga merayu hukumannya diringankan, bagaimanapun Siew Mun memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

“Saya cadangkan hukuman berat atas alasan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi di tempat beribadat,” katanya.

‘Ahmad ‘Adha kemudian mengarahkan tertuduh dipenjarakan mulai hari ini dan duit yang dicuri tersebut diarah supaya dipulangkan semula ke masjid berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 21 tahun ternampak tertuduh mengambil duit yang berada di dalam tabung masjid. Suspek kemudian ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber  : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lelaki curi duit tabung masjid RM4 dipenjara sehari dan diarah pulangkan semula duit kepada masjid"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect