Kematian menantu Zahid Hamidi, doktor pakar sakit puan mengaku tidak bersalah

Seorang doktor pakar sakit puan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, Jun lalu.

Doktor mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM

Doktor mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM

Doktor mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Zainal L Salleh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.Tertuduh Ting Teck Chin, 36, didakwa menyebabkan kematian Syed Alman, 44, di Pusat Pakar Pergigian Imperial, di Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar, jam antara 6 petang hingga 9.05 malam, pada 1 Jun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbaz menawarkan jaminan berjumlah RM20,000.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Datuk K Kumareandran bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap tawaran jamin berkenaan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Kematian menantu Zahid Hamidi, doktor pakar sakit puan mengaku tidak bersalah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect