Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin masih meneliti kandungan pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didapati kebanyakannya mengandungi laporan teknikal bola sepak tanah air.
Kandungan pendrive yang diserahkan TMJ akan didedahkan Jumaat ini – Khairy Jamaluddin
Jelasnya, banyak kandungan pendrive itu adalah tentang dokumen laporan teknikal bola sepak negara termasuk program pembangunan.
“Saya masih menelitinya, kalau ada dokumen berhubung penyelewengan sudah tentu saya akan serahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Apapun saya akan membuat pengumuman berhubung pendrive tersebut pada Jumaat ini,” katanya dalam sidang akhbar Persidangan UMNO Bahagaian Bandar Tun Razak, di sini hari ini.
Pada Jumaat lalu, TMJ menyerahkan pendrive berkenaan selepas menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru
Sumber: UTUSAN ONLINE.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kandungan pendrive yang diserahkan TMJ akan didedahkan Jumaat ini – Khairy Jamaluddin"
Post a Comment