Jawapan balas Pengarah JAIS buat Faye Khusairi

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendedahkan serbuan ke rumah keluarga pelakon Faye Kusairi, April lalu, tidak mampu mengikut prosedur sepenuhnya.

Gagal masuk bilik, Jais anggap siasatan khalwat Faye tak lengkap

Gagal masuk bilik, Jais anggap siasatan khalwat Faye tak lengkap

Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata serbuan tersebut sudah mengikut tatacara operasi piawai (SOP) kecuali pengawai penguatkuasa gagal memeriksa sebuah bilik di rumah berkenaan.

Baca artikel sebelum: Faye Kusairi nak teruskan saman, JAIS cakap terpulang dan beri alasan serbuan mengikut proses sepatutnya

“Pihak penguatkuasa sudah menjalankan tugas seperti SOP yang sepatutnya,” katanya kepada ProjekMMO.

“Cuma kegagalan mereka memasuki satu bilik atas alasan yang diberi oleh keluarga Faye menyebabkan mereka gagal mematuhi SOP selanjutnya.

“Kalau dari proses perundangan, kesalahan penguatkuasa ialah tidak melengkapkan siasatan dengan mengabaikan siasatan terhadap satu bilik lagi.”

ProjekMMO difahamkan bapa Faye enggan membenarkan Jais memeriksa biliknya kerana dibimbangi mengganggu isteri yang mengidap penyakit darah tinggi.

Dihubungi semalam, Haris berkata keluarga Faye seharusnya memberikan kerjasama ketika serbuan Jais dijalankan 10 April lalu demi memudahkan urusan penjawat awam.

“Kalau jiran sebelah boleh dengar (kehadiran penguatkuasa Jais) dan keluar, kenapa mereka keluarga Faye enggan buka pintu?” katanya.

“Ini boleh ditafsirkan sebagai kegagalan membantu penjawat awam menjalankan siasatan.

“Kalau mereka buka pintu dan memberi kerjasama yang sewajarnya, perkara ini tidak akan berlaku. Apa yang takut jika tidak buat kesalahan?”

April lalu, Faye mendakwa unit kondominium dupleks keluarganya di Bukit Antarbangsa dekat Ampang diserbu selepas Jais menerima aduan bahawa beliau berkhalwat dengan suami orang.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Faye yang tiada di rumah, mendakwa anggota Jais memotong mangga jeriji pintu masuk sebelum mengejutkan adiknya yang sedang tidur.

Mei lalu beliau berkata Jais sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan saman masih dipertimbangkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Mereka sudah betulkan pintu dan saya masih menunggu laporan siasatan. Saya dengar kosnya RM2,000 hanya untuk pemasangan sahaja kerana pintu itu perlu ditempah.”

Haris semalam berkata laporan siasatan kes berkenaan sudah diserahkan kepada peguam Faye dua minggu lalu, namun pelakon drama “Pujaan Hati Umi” belum mendapat salinannya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jawapan balas Pengarah JAIS buat Faye Khusairi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect