Budak 5 tahun trauma diliwat bapa sepupu berumur 60-an

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di sini trauma selepas diliwat warga emas berusia 60-an yang juga ahli keluarganya dalam kejadian 20 Julai lalu.

Suspek kes ini pula dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor usia.

Budak 5 tahun trauma diliwat

Budak 5 tahun trauma diliwat

Ibu mangsa, Rashidah (bukan nama sebenar) 29, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan diliwat oleh bapa sepupunya itu hampir sebulan lalu.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Rashidah memaklumkan, pada 20 Julai lalu, anaknya pulang sambil menangis dan mengadu sakit di bahagian dubur.

“Saya tidak puas hati dan menyoal anak saya itu, lalu dia memberitahu diliwat warga emas terbabit di kawasan semak berhampiran rumahnya.

“Anak saya kata, lelaki itu memberikan jam tangan sebelum mengajak ke dalam semak dan meliwatnya,” katanya.

Menurutnya, terkejut dengan pengakuan anaknya itu, dia membawa anaknya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan.

“Hasil pemeriksaan doktor, termasuk pakar, mengesahkan anak saya mengalami tusukan di bahagian dubur.

“Pihak hospital kemudian memaklumkan kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Binjai,” katanya.

Susulan laporan polis yang dibuat pada awal pagi 21 Julai lalu, pihak polis telah melakukan siasatan dan memanggil mangsa untuk ‘kawat cam’.

“Suspek dikatakan datang ke balai polis untuk dibuat pengecaman dan sewaktu kawat cam dilakukan, dia cam wajah warga emas itu.

“Saya sedih dengan kejadian ini dan turut diugut oleh sanak saudaranya supaya tidak memanjangkan kes berkenaan dan meminta supaya diselesaikan secara kekeluargaan,” katanya.

Rashidah berkata, dia tampil untuk mendapatkan keadilan selepas pihak hospital dan JKM memberikan amaran supaya kes ini dibawa ke pihak berkuasa kerana menjadi satu kesalahan sekiranya kes seumpama itu dirahsiakan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan dan menurutnya, suspek ditangkap pada 9 Ogos lalu sebelum dibebaskan pada 11 Ogos dengan jaminan polis kerana faktor usia.

“Setakat ini, kita sedang menyiapkan kertas siasatan sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum dibawa ke timbalan pendakwaraya,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Budak 5 tahun trauma diliwat bapa sepupu berumur 60-an"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect