GAGAL menyembunyikan kelahiran, seorang wanita sanggup membuang anaknya di tapak pembuangan sampah bagi menutup aib dirinya.
Bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan melecur di kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah pasar raya, kira-kira 12.30 tengah hari semalam oleh orang awam.
Buang bayi di tapak pembuangan sampah sampai melecur untuk tutup aib, ibu tunggal durjana ditahan polis
Tindakan kejam wanita itu tidak bertahan lama, apabila polis berjaya menahannya di sekitar pekan Papar, malam tadi.
Harian Metro melaporkan, suspek yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu jualan di pasar raya berdekatan.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abd Rakhman berkata, suspek yang juga ibu tunggal itu mengaku melahirkan bayinya di dalam tandas.
Bayi malang itu dilaporkan sudah meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan dan suspek membungkus mayat bayi itu di dalam plastik sebelum memasukannya ke dalam kotak.
Suspek kemudiannya meninggalkan kotak tersebut berhampiran tapak pembuangan sampah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Buang bayi di tapak pembuangan sampah sampai melecur untuk tutup aib, ibu tunggal durjana ditahan polis"
Post a Comment