Awie dedah lagi sikap buruk Rozana Misbun terhadap anak-anak kandung dan anak tiri

Penyanyi popular Awie (depan) tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi perbicaraan mencederakan Rozana Misbun, 10 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Penyanyi popular Awie (depan) tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi perbicaraan mencederakan Rozana Misbun, 10 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Penyanyi rock tersohor Awie Wings mendakwa bekas isterinya tidak layak menjaga tiga anak mereka kerana wanita itu bukan ibu yang baik.

Awie, nama penuhnya Ahmad Azhar Othman, mendedahkan keburukan Rozana Misbun dalam pertikaian hak penjagaan anak di sebuah mahkamah syariah di sini, semalam.

“Antara kata-kata Rozana kepada anak-anak kami ialah ‘aku pijak, mampus’ yang ditujukan kepada anak sulung kami Putera Ahmad Merrah (10).

“Pada saya, seorang ibu tidak sepatutnya memaki hamun dengan perkataan sebegitu, apatah lagi kepada seorang anak kecil,” kata Awie, 48, seperti dilaporkanKosmo! hari ini.

Beliau juga mendakwa Rozana, 38, pernah menghayun-hayunkan kepala anak bongsu mereka  Pu­teri Qasseh Antasha, 6, kerana termuntah di dalam kereta.

Rozana Misbun berjalan di luar mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kes dipukul bekas suaminya Awie, 10 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Rozana Misbun berjalan di luar mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kes dipukul bekas suaminya Awie, 10 Mei 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

“Selain memaki hamun, Rozana juga mencederakan Ahmad Rezzki (8) dengan mencubitnya sehingga kulit terkoyak.

“Lebih daripada itu, dia juga pernah bertindak membaling gajet iPad kepada anak tirinya, yang juga anak saya hasil perkahwinan dahulu,” dakwa Awie lagi di depan hakim Ibrahim Deris.

Pelakon utama “Tragedi Oktober” juga mendakwa Rozana, yang “bermain telefon”, meminta anak tiri wanita itu agar berhenti makan untuk membersih adiknya yang membuang air besar.

Pasangan ini, yang berkahwin pada 2005, dikurniakan tiga anak. Mereka bercerai pada 2014.

Pada 27 Januari 2015, mahkamah syariah memutuskan hak penjagaan diserahkan kepada Rozana sementara perintah penjagaan kekal dikeluarkan.

Perbicaraan kes hadanah Awie-Rozana bersambung 24 dan 25 Oktober ini.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Awie dedah lagi sikap buruk Rozana Misbun terhadap anak-anak kandung dan anak tiri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect