Atlet gimnas Amerika Syarikat dikecam dan jadi mangsa buli siber lepas dikatakan tidak patriotik kerana tidak letakkan tangan di dada kiri semasa lagu kebangsaan AS dinyanyikan
ATLET gimnas Amerika Syarikat (AS), Gabby Douglas mendakwa, anak perempuannya dikecam dan menjadi mangsa buli siber semasa Sukan Olimpik Rio 2016 berlangsung.
Semua ini terjadi selepas Douglas, 20, didakwa tidak patriotik kerana gagal meletakkan tangannya di dada kiri semasa lagu kebangsaan AS berkumandang.
Dalam perkembangan sama, penampilan wanita itu turut dikritik kerana tidak memberikan tepukan selepas rakan pasukannya, Simone Biles dan Aly Raisman memenangi emas dan perak pada peringkat akhir.
Minggu lalu, perkataan #CrabbyGabby mula trending di media sosial selepas netizen mengecam serta memberi gelaran buruk kepada atlet itu.
Sumber : Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Atlet gimnas Amerika Syarikat dikecam dan jadi mangsa buli siber lepas dikatakan tidak patriotik kerana tidak letakkan tangan di dada kiri semasa lagu kebangsaan AS dinyanyikan"
Post a Comment