Ambulans bawa bayi 8 hari terbalik dilanggar kereta di lampu isyarat

Ambulans membawa bayi terbalik selepas dilanggar kereta di lampu isyarat simpang MEC Jalan Gambang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, bayi berusia lapan hari berkenaan yang masih tidak mempunyai pengenalan diri tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ambulans bawa bayi 8 hari terbalik dilanggar kereta di lampu isyarat

Ambulans bawa bayi 8 hari terbalik dilanggar kereta di lampu isyarat

Pemandu ambulans, Salahuddin Saleh, 40, dari Kampung Kurnia, di sini, juga tidak cedera manakala jururawat Klinik Kesihatan Gambang, Hafizah Omar, 35, lebam di dahi dan pinggang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Nor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati ambulans dipandu Salahuddin yang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dari Klinik Kesihatan Gambang sudah memberi isyarat kecemasan ketika tiba di lampu isyarat simpang MEC.

“Pada masa sama, kereta dipandu Fazli Meli @ Ramli, 33, dari FELDA Chini, Pekan dari arah Plaza Tol Gambang menghala ke Jalan Kuantan-Segamat melanggar bahagian kiri ambulans itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, ambulans berkenaan terbalik di kanan jalan manakala semua mangsa termasuk bayi itu dibantu orang awam dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ambulans bawa bayi 8 hari terbalik dilanggar kereta di lampu isyarat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect