Along Cham Lafaz Cerai Talak Satu Kepada Zila Seeron
Pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya menceraikan isterinya setelah pelbagai kontrvoersi yang melanda pasangan ini.
Along sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.
Selepas empat bulan tidak duduk sebumbung, pasangan Zila Seeron dan suaminya, Along Cham kembali bertemu muka di perkarangan Mahkamah.
Apabila bertemu, Zila cuba bersalam dengan Along namun ditolak oleh Along yang hanya membiarkan tangannya berada dalam poket jaketnya sahaja.
Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.
Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hakim memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.
Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial yang kini berumur 5 tahun.
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Video: “Kasut saya lebih mahal daripada gaji kamu”- Jutawan muda ditahan lepas hina anggota polisSeorang jutawan muda di Birmingham, United Kingdom, Aleem Iqbal menghina seorang polis selepas ditahan semalam.
Video: “Kasut saya lebih ma… Read More...
"Air Mata Berderai, Saya Akur Muka Tak Boleh Masuk TV..." - Luahan DS Vida Kepada Program Mentor"Air Mata Berderai, Saya Akur Muka Tak Boleh Masuk TV..." - Luahan Dato Seri Vida
Jutawan kosmetik iaitu Dato Seri Vida telah meluahkan ra… Read More...
Datuk Seri Vida ingin jadi penyanyi pula, seperti Pikotaro (Pen Pineapple Apple Pen)Menjadikan penyanyi Korea, Pikotaro yang terkenal dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen, sebagai idola, Datuk Seri Vida ingin bergelar penyany… Read More...
Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz digantung satu perlawanan dan denda RM3000Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Muhamad Nazmi Faiz Mansor menjadi pemain terbaru digantung perlawanan gara-gara tindakan kasar m… Read More...
Dikecam kerana diiktiraf sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh dunia, Hafiz Hamidun dakwa kecaman netizen tak jejaskan persiapan perkahwinannyaBerbaki empat hari sebelum mengakhiri zaman bujang, penyanyi Hafiz Hamidun mengakui melalui beberapa ujian khususnya berkaitan tahap kesabar… Read More...
0 Response to "Along Cham Lafaz Cerai Talak Satu Kepada Zila Seeron"
Post a Comment