Panas Punggung la Adlin....Terkini, ,,Sah dan Terbukti Beliau Dalam Siasatan Polis
Polis masih menjalankan siasatan terhadap pembabitan pelakon terkenal, Adlin Aman Ramlie meskipun artis tersebut telah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan berhubung sindiket penipuan skim pelaburan piramid melibatkan kerugian kira-kira RM40 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazaree berkata, Adlin, 44, ditahan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan Jumaat lalu.
Katanya, tempoh sepanjang pelakon itu ditahan dan direkodkan keterangan adalah kurang daripada 24 jam.
"Jika dia (Adlin) mahu mengadakan sidang akhbar untuk apa tujuan sekalipun perkara itu terpulang kepada dirinya. Polis akan tetap menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini secara terperinci walaupun dia mendakwa menjadi kambing hitam ataupun kambing panggang.
"Buat masa ini siasatan masih berjalan dan jika ada bukti lengkap pembabitannya dalam sindiket itu, kita akan panggil dia semula. Sebab itu dia diberi jaminan polis dan dibebaskan setelah membantu siasatan polis," katanya pada sidang akhbar semalam.
sumber : Kosmo!
Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan berhubung pembabitan pelakon Adlin Aman Ramlie dalam kes penipuan sebuah syarikat, termasuk membabitkan ahli perniagaan Korea Selatan dengan kerugian RM485,000 serta skim cepat kaya berjumlah RM35 juta.
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, pihaknya masih membuat siasatan kes itu.
"Siasatan kes ini membabitkan artis berkenaan masih dijalankan walaupun dia sudah dibebaskan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sidang media oleh Adlin di sini, hari ini.
Roslan berkata, Adlin berhak membuat sidang media bagi membersihkan namanya, namun polis tetap menjalankan tugas membuat siasatan terperinci kes berkenaan.
"Masih ada anggota sindiket penipuan itu ditahan polis sehingga ke hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut, termasuk menyiasat peranan mereka dalam syarikat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengenai penahanan pelakon berusia 44 tahun itu, beliau berkata, pelakon berkenaan dibebaskan pada 21 Julai lalu selepas 24 jam ditahan bagi membantu siasatan.
"Kita menahan artis berkenaan pada jam 2 petang, Rabu lalu, di kediamannya di Taman TAR Ampang untuk membantu siasatan dan dia dibebaskan keesokannya selepas tempoh 24 jam dengan jaminan polis," katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "SANGAT MENGEJUTKAN!!!.. Panas Punggung la Adlin....Terkini, ,,Sah dan Terbukti Beliau.....MEMANG TERBUKTI BELIAU..."
Post a Comment