Riza Gila Kekayaan Dan Bakal Terima Balasan- Anak Tiri Najib


Rabu lalu, Jabatan Kehakiman Amerika menfailkan tindakan undang-undang sivil bagi merampas aset yang dikaitkan dengan firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatakan, antara nama individu yang bakal disiasat termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low. 





sumber foto: google image

Sehubungan itu, adik perempuan Riza yang juga merupakan anak perempuan tiri Najib, Azrene Ahmad memuat naik satu status menyatakan abangnya perlu menanggung risiko akibat terlalu mengejar kekayaan dan nama.


Pada permulaan, Azrene Ahmad menyatakan penghargaan terhadap keprihatinan daripada kawan dan keluarga berhubung isu ini. Tegasnya, ahli keluarga tetap menyayangi Riza. 


"Cuma kasih sayang yang kami berikan, namun bagi dia tidak mencukupi. Dia memilih untuk mempunyai nama, kekayaan, jadi sekarang dia perlu terima balasannya dengan apa yang dia impikan. Sekiranya Jabatan Kehakiman Malaysia tidak dapat membawa keadilan buat rakyatnya, maka Amerika Syarikat ada cara mereka untuk membuktikannya."


"Orang yang kenal saya, semuanya sedar saya berlainan dalam keluarga kami, tapi ini tidak bermakna saya tidak sayang keluarga kami. Mungkin mereka yang baca apa yang saya tulis ini akan mengatakan saya seorang yang kejam, tetapi saya tetap dengan pendirian saya dalam usaha menuntut kebenaran dan keadilan, buat perkara yang saya anggap betul."


"Sekiranya Riza memang benar menggunakan jumlah wang tersebut, menyeleweng wang yang berada di akaun bank 1MDB, maka dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Sekiranya perbuatannya melukai hati rakyat jelata dan negara ini, ianya satu kesilapan."


"Saya bukan seorang ahli politik dan tidak ingin ada hubung kait dengan hal-hal politik. Sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika mengarahkan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyeleweng, harapan saya adalah akhirnya keadilan dapat ditegakkan di negara kita Malaysia."


"Kepada ibu Riza, tiba masanya anda perlu tampil ke hadapan."  


" Mereka yang mengatakan saya seorang yang kejam, saya nak beritahu anda, saya sama sahaja dengan semua rakyat Malaysia, kami menuntut kebenaran dan keadilan. Sekiranya Riza masih ingin diiringi syaitan,  menyerah rohnya kepada syaitan, kalau itulah pilihannya, suatu hari dia perlu membayar balik apa yang dilakukannya." sumber

Related Posts :

0 Response to "Riza Gila Kekayaan Dan Bakal Terima Balasan- Anak Tiri Najib"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect