Dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, kata penyiasat Amerika Syarikat.
“Dana dicuri atas alasan bahawa ia adalah pelaburan 1MDB dalam penerokaan minyak.
‘Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi’
“Atas kertas AS$1 bilion adalah untuk hak sumber, namun (ia) digunakan untuk kekayaan peribadi … (termasuk) hutang perjudian di kasino Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London, jutaan dalam hartanah termasuk jet Bombardier bernilai AS$35 juta,” kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung aduan awam dibuat oleh jabatan itu untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
“Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran (dalam) satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia,” katanya.
Aset-aset lain yang disenaraikan oleh jabatan itu untuk diambil tindakan undang-undang yang difailkan hari ini termasuk:
- Karya seni dari Claude Monet dan Vincent Van Gogh;
- Pelaburan AS$250 juta dalam Parklane Hotel, New York;
- Pelaburan A$176,000,000 dalam EMI Music;
- Nilai hartanah AS$100 juta di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain, termasuk sebuah rumah agam di Beverly Hills, sebuah kondominium di New York dan rumah di United Kingdom; dan
- Kutipan hasil filem ‘The Wolf of Wall Street’ yang haknya dimiliki Red Granite.
Sumber: Malaysiakini.com
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "‘Rakyat Malaysia ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi’"
Post a Comment