Pelajar ditampar ustazah kerana mencukur kening dituduh pakai tudung singkat dan kurang ajar, kakak dedah itu sebenarnya fitnah, hairan ustazah masih berdiam diri

Laman sosial Facebook beberapa hari lalu kecoh berikutan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di Tanah Merah, Kota Bharu di Kelantan mengalami kekejangan saraf selepas mendakwa ditampar seorang ustazah kerana dituduh mencukur bulu keningnya.

Kakak Pelajar Ditampar Ustazah Tampil Perjelas Isu Pakai Tudung Singkat, Gambar ‘Lama’

Kakak Pelajar Ditampar Ustazah Tampil Perjelas Isu Pakai Tudung Singkat, Gambar 'Lama'

Kakak Pelajar Ditampar Ustazah Tampil Perjelas Isu Pakai Tudung Singkat, Gambar ‘Lama’

Sehingga hari ini, pelbagai versi dan dakwaan telah dibuat pelbagai pihak, yang antaranya tampil mempertahankan tindakan guru terbabit, selain ada yang memaklumkan bahawa pelajar terbabit dipukul bukan kerana alasan mencukur kening, sebaliknya kerana masalah disiplin.

Baca artikel sebelum: “Terima kasih ustazah kerana tampar kepala anak saya sampak kena masuk wad”

Antaranya adalah dakwaan yang dibuat seorang pengguna Facebook bernama Asiah Nana, menyatakan bahawa mangsa, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, ditampar bukan kerana isu cukur kening, sebaliknya kerana tidak mematuhi etika pemakaian, selain didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap guru wanita tersebut.

Sementara seorang lagi, Md Sukhairi Othman menerusi status di laman Facebook Kami Guru Malaysiamendakwa Nursyahida ditampar oleh seorang ustazah bernama Huzlin juga berpunca kerana mangsa memakai baju ketat dan tudung singkat.

Malah, katanya gambar yang tersebar menunjukkan Nursyahida terbaring di wad juga adalah gambar lama yang telah diviralkan semula ketika dia dimasukkan ke hospital akibat jatuh di dalam bilik air.

Berikutan itu terbaharu, seorang gadis mendakwa kakak Nursyahida tampil menafikan semua dakwaan tersebut yang kononnya Nursyahida memakai tudung singkat dan gambar yang tersebar adalah foto ‘lama’.

Melalui akaun Facebook Puteri Boneka, kakak Nursyahida menafikan dakwaan bahawa adiknya memakai tudung singkat ke sekolah, selain meluahkan rasa hairan terhadap sikap guru sekolah tersebut yang hanya ‘berdiam diri’.

 

Sumber: Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Pelajar ditampar ustazah kerana mencukur kening dituduh pakai tudung singkat dan kurang ajar, kakak dedah itu sebenarnya fitnah, hairan ustazah masih berdiam diri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect