Malaysia merekodkan kematian difteria ketiga hari ini selepas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dari Menggatal, 20 km dari sini, dilaporkan maut.
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi mengesahkan kes itu dan kanak-kanak berkenaan tidak menerima imunisasi.
Tidak dapat vaksin, anak kecil ketiga maut akibat difteria di Sabah
Namun katanya, ia merupakan kes terpencil dan tiada tanda-tanda penularan wabak.
“Kematian disebabkan difteria namun tidak merebak. Ia merupakan kes difteria terpencil di negeri ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut kematian berkenaan.
Kanak-kanak itu meninggal pada Isnin selepas dimasukkan ke Hospital Ibu dan Anak di Likas dan kemudian dirawat pakar kanak-kanak.
“Penyakit itu dapat dicegah dengan vaksinasi. Masyarakat mempunyai sebab tertentu tidak memberi vaksin kepada anak-anak mereka.
“Kes seperti ini harus membawa kesedaran kepada masyarakat,” kata Dr Rundi.
Dua kanak-kanak lain meninggal dunia bulan ini di Kedah dan Melaka akibat difteria, sebuah jangkitan bakteria yang senang berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, namun boleh dihindarkan dengan imunisasi. Kesemua mereka tidak menerima imunisasi lengkap.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Akibat tak diberi vaksin, kanak-kanak rekod kematian ke-3 akibat difteria hari ini"
Post a Comment