Syed Azmi dedah Group Chat Pedofilia Malaysia dengan ahli seramai 751 orang, ibu bapa tolong hati-hati upload gambar anak!

Gambar kanan : Syed Azmi Alhasbshi

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita seorang pedofilia warga Britain yang mengaku merogol dan mendera secara seksual kanak-kanak ketika dia berada ke Kuala Lumpur.

Baca artikel sebelum: Lelaki Pedofilia hasilkan puluh ribu bahan lucah kanak-kanak Malaysia, mengaku buat serangan seks ke atas bayi 6 bulan dari keluarga miskin Malaysia

Hari ini juga, aktivis sosial, Syed Azmi Alhasbshi mendedahkan wujudnya satu grup chat pedofilia tempatan yang dilihat menggunakan kemudahan perkhidmatan Telegram untuk berhubung dan berkongsi gambar kanak-kanak di aplikasi tersebut.

Syed Azmi, yang mempunyai lebih 80,000 pengikut di Facebook memuat naik keratan gambar grup itu yang diperoleh dari seorang rakan yang secara tidak sengaja dijemput ke grup terbabit.

Difahamkan, grup itu dipercayai mula dibuat pada Januari tahun ini.

Antara mesej yang boleh dilihat di dalam keratan perbualan itu adalah gambar seorang kanak-kanak perempuan memakai baju renang, diikuti dengan komen-komen jijik dari ahli kumpulan grup terbabit.

Menurut Syed Azmi juga, dia akan membuat laporan polis terhadap grup tersebut.

Selain itu, Syed Azmi juga turut memperingatkan ibu bapa dan dirinya sendiri agar berhati-hati ketika berkongsi gambar anak-anak terutamanya di media kerana gambar-gambar terbabit boleh digunakan secara salah.

Sumber: Siakapkeli.my

Related Posts :

0 Response to "Syed Azmi dedah Group Chat Pedofilia Malaysia dengan ahli seramai 751 orang, ibu bapa tolong hati-hati upload gambar anak!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect