Suami, isteri mengandung diseksa, ditembak mati keluarga sendiri kerana perkahwinan yang tidak direstui

Suami, isteri mengandung diseksa, ditembak mati keluarga sendiri kerana perkahwinan yang tidak direstui

 

PUNJAB – PAKISTAN. Polis menemui mayat seorang lelaki dan wanita mengandung yang sebelum itu dilaporkan diculik oleh keluarga mereka.

Laporan CNN mengatakan Muhammad Shakeel, 30 dan Aqsa Shakeel, 26 dilawati ahli keluarga pada Rabu lepas.

Suami, isteri mengandung diseksa, ditembak mati keluarga sendiri kerana perkahwinan yang tidak direstui

Suami, isteri mengandung diseksa, ditembak mati keluarga sendiri kerana perkahwinan yang tidak direstui

Dalam pertemuan tersebut, pasangan berkenaan bergaduh dengan beberapa ahli keluarga termasuk abang Aqsa, Muhammad Mauvia dan ibunya, Majeeda Bibi.

Aqsa dan Muhammad dilaporkan hilang oleh ayah Muhammad, Muhammad Kushi pada hari yang sama.

Siasatan awal polis mengatakan keluarga Aqsa tidak bersetuju dengan perkahwinan Aqsa – Muhammad.

Mayat Aqsa dan Muhammad ditemui di dalam sebuah parit keesokan harinya.

Polis setakat ini berjaya menahan seorang suspek, M Khawar iaitu salah seorang ahli keluarga mangsa.

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Suami, isteri mengandung diseksa, ditembak mati keluarga sendiri kerana perkahwinan yang tidak direstui"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect