Seorang agen Insurans yang memuatnaik satu resit bayaran Hospital Sultan Ismail ditempelak Netizen apabila memberikan maklumat yang salah dalam mempromosi pakej insurans mereka. Tulisan dibawah menerangkan info sebenar mengenai resit bayaran RM10,000 tersebut:
Syarikat Insurans sila pantau agen anda, berikan mereka info yang tepat, jangan berniaga secara busuk hati sehinggakan menimbulkan salah faham dalam masyarakat. Nak jual insurans silakan, semua orang dah tau pasal kebaikan insurans, rasenye tak perlu kot sampai menjatuhkan imej kami.
Sebenarnya, apa yang ingin agen insurans ini highlightkan ialah resit yang ditunjukkan dalam gambar yang diuploadnya tu. Resit itu merupakan bayaran deposit RM 10,000 di sebuah premis kerajaan. Dan dibelakang resit itu pula jelas kelihatan Borang Persetujuan Penerimaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (Full Paying Patient).
Bagi yang tidak mengetahui apa itu FPP, ianya merupakan satu skim perkhidmatan yang menawarkan rawatan kelas pertama kepada mana-mana pesakit yang layak serta bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Skim ini diperkenalkan di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang.
Di bawah skim FPP ini, bidang yang ditawarkan di kedua-dua hospital ini merangkumi rawatan berikut:
i. Pembedahan
ii. Perubatan
iii. Obstetrik & Ginekologi
iv. Ortopedik
v. Oftalmologi
vi. Pediaktrik
vii. Anestesiologi
viii. Otorinolaringologi
ix. Bedah Mulut
x. Psikiatri
Syarat untuk menjadi pesakit FPP adalah pesakit bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan. Tak setuju bayar, maknanya bukan FPPlah namanya..
Faedah utama rawatan di bawah skim FPP ini adalah pesakit boleh memilih pakar yang dikehendaki dan boleh menikmati kemudahan seperti Wad Kelas Pertama dan Eksekutif. Menu diet untuk pesakit skim FPP adalah menu sedia ada di Wad Kelas Pertama. Perkhidmatan/rawatan pakar yang ditawarkan melalui skim FPP termasuklah Rawatan Pesakit Luar, Rawatan Pesakit Dalam (dalam wad) dan Rawatan Harian.
Maklumat lanjut mengenai FPP ini boleh didapati melalui saluran rasmi kedua-dua hospital tersebut. Apa yang kami mahu simpulkan, kenyataan agen insurans ini sangatlah tidak berasas. Perkhidmatan yang disediakan di premis kerajaan sememangnya bukanlah percuma, namun masih lagi bersubsidi di dalam amaun yang sangat murah, serendah RM1.00 bagi sekali rawatan.
Diharap syarikat insurans boleh start kaji mengenai promosi agen-agen mereka yang menggunakan Facebook sebagai medium pengiklanan kerana kebanyakan hujah yang diberi adalah bercanggah, dan kebanyakan cerita yang diberi juga hanyalah ciptaan semata-mata.
Akhir kata dari saya, nama agen insurans, sembang puluh-puluh ribu, tapi pakai advertisement murahan. Ape kelass. Hadam-hadamkan dan selamat berniaga.
*RIBUT*
- #TheDressar | The Alternatif
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "'Sembang Puluh-Puluh Ribu Tapi Guna Pengiklanan Murahan, Apa kelass!'"
Post a Comment