Presiden Filipina yang dipilih menggalakkan orang awam membantunya memerangi jenayah dan menggesa rakyat yang memiliki senjata api untuk menembak dan membunuh pengedar dadah yang menentang tangkapan polis di kejiranan mereka.
Presiden Filipina galak orang awam bunuh pengedar dadah
Rodrigo Duterte memberitahu penyokongnya ketika meraikan kemenangan beliau lewat semalam di selatan bandar Davao bahawa rakyat Filipina yang membantunya dalam usaha memerangi jenayah akan diberi ganjaran.
“Sila hubungi kami, pihak polis, atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api, saya menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapan yang disiarkan di seluruh negara.
Beliau turut memberi amaran mengenai pembabitan polis dalam perdagangan dadah yang meluas di negara itu.
Duterte, 71 tahun memenangi pilihan raya presiden 9 Mei selepas berjanji menamatkan jenayah dan rasuah dalam tempoh enam bulan sebagai Presiden.
Polis menganggapnya sekadar retorik kempen yang mustahil untuk dicapai.
Sumber: BH Online
Related Posts :
KERETA UMIE AIDA HAMPIR TERBABAS, SYAK ADA ORANG LETAK BENDA TAJAM
"Benda nak jadi dalam sekelip mata," demikian kata pelakon Datin Seri Umie Aida yang berdepan dengan detik cemas apabila kereta yang dipan… Read More...
KELUAR BERDUAAN, MAKAN BERSAMA - BEN AMIR & DAIYAN TRISHA BERCINTA?
Pelakon Ben Amir dan Daiyan Trisha dilihat berdua-duaan menikmati santapan pagi bersama di sebuah kafe sekitar Damansara. Dek kerana itu, … Read More...
KONTRAK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH UITM VIVY YUSOF KINI TAMAT
Nampaknya tugas usahawan muda Vivy Yusof sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah ditamatkan hari ini (Isnin)… Read More...
PEMINAT TERKEJUT LIHAT 'BABYBUMP' - RUPANYA LOCA B & TUJU K-CLIQUE DAH KAHWIN
Menerusi laman Instagram, anggota kumpulan K-Clique Tuju telah membuat pengakuan dimana dia sudah berkahwin dengan penyanyi rap wanita, Lo… Read More...
ATAS TUDUHAN MILIKI PRODUK TANPA KELULUSAN KKM - ANAK PELAKON DIDENDA RM10,000
Hari ini di Mahkamah Majistret, seorang selebriti Instafamous didenda RM10,000 atas tuduhan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Ke… Read More...
0 Response to "Presiden Filipina galak orang awam tembak dan bunuh pengedar dadah"
Post a Comment