Seorang wanita Pakistan menemui ajal selepas diseksa dan dibakar hidup-hidup hanya kerana menolak lamaran untuk berkahwin dengan anak bekas majikannya.
Wanita maut diseksa dan dibakar kerana tolak lamaran
Mangsa, Maria Sadaqat yang berusia dalam lingkungan awal 20-an diserang bekas majikannya iaitu seorang pengetua sekolah swasta di perkampungan Upper Dewal, Murree berdekatan Islamabad.
Seorang pegawai polis, Ishtiaq Haider memberitahu, ketika kejadian, suspek turut ditemani oleh dua lelaki lain.
“Mereka menceroboh rumahnya, menyeksa dan membakar wanita itu hidup-hidup,” kata Haider.- DPA
Sumber: Utusan Malaysia
0 Response to "Pengetua seksa dan bakar hidup-hidup seorang gadis hanya kerana menolak lamaran anaknya"
Post a Comment