Sempena Aidilfitri, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) menawarkan tol percuma sehari mulai tengah malam pada hari raya pertama (5 Julai) sehingga 11.59 malam keesokannya.
Tol Latar percuma pada raya pertama
Tol Latar percuma pada raya pertama
Ketua Pegawai Operasinya Ahmad Fuad Ahmad Shahimi dalam kenyataan berkata, perjalanan bebas tol itu untuk dinikmati semua kelas kenderaan di semua enam plaza tol Lebuhraya Latar.
“Ia kali ketiga lebuh raya Latar memberikan tol percuma kepada pengguna yang juga sebahagian tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat.
Ahmad Fuad berkata pasukan ‘Expert dan Ronda Latar’ bersiap sedia 24 jam bagi membantu pengguna dalam sebarang situasi kecemasan.
“Pusat khidmat pelanggan turut disediakan di samping lorong tambah nilai ‘touch n go’ yang akan beroperasi sepenuhnya selama 24 jam bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai kad ‘touch n go’ mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Latar umum tol percuma pada raya pertama bermula tengah malam"
Post a Comment