Lagi Kes Kanak-Kanak Cedera Tersepit Di Eskalator


Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun cedera di tangan apabila tersepit pada eskalator di sebuah Pasar Raya Besar di  Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada pukul 10 malam tadi.

Adik Iman Sumaiyah Masri dilaporkan bersama-sama keluarganya menggunakan eskalator untuk ke aras satu pasar raya berkenaan bagi membeli barangan keperluan Aidilfitri.

Video Operasi Menyelamat Bomba.

Pihak Bomba dengan kekuatan 12 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada jam 10.02 malam. 

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Ayer Keroh, Ashraf Abdullah,  Tangan kanak-kanak perempuan itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan mesin hidraulik dalam tempoh lima minit dan operasi selesai pada jam 10.12 malam.

"Mangsa luka ringan di tangan dan dihantar ke Hospital Pantai Ayer Keroh untuk mendapatkan rawatan lanjut," tambahnya lagi.

Anggota Bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit di eskalator (Gambar: FB Bomba)


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lagi Kes Kanak-Kanak Cedera Tersepit Di Eskalator"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect