Guna Media Sosial Telegram Sebagai Medan Sebar Video - Video Lucah & Rogol Kanak-Kanak


KUALA LUMPUR, 16 Jun ― Rakyat Malaysia didapati menggunakan media sosial Telegram sebagai medan berkongsi video-video lucah dan rogol kanak-kanak.
Selepas pendedahan aktivis Syed Azmi Alhabshi mengenai kewujudan kumpulan pedofil, Malay Mail Online menyemak sendiri sejauh mana mereka aktif berkongsi pornografi kanak-kanak.
Dalam tempoh beberapa jam saja, semakan mendapati lebih 10 saluran dan kumpulan yang mengandungi imej serta video lucah wanita, remaja berpakaian sekolah dan kanak-kanak.
Kebanyakan ahli kelihatan sebagai rakyat Malaysia dan berbual menggunakan bahasa Melayu. Mereka yang dipaparkan dalam video dan gambar amatur lucah juga kelihatan seperti Melayu.
Satu saluran seks yang dikesan memiliki lebih 11,000 ahli. Kebanyakan kumpulan lucah tempatan di Telegram mempunyai jumlah maksimum 5,000 ahli.
Berbeza dengan kumpulan yang bersifat interaktif, seperti di WhatsApp, saluran di Telegram boleh disertai tanpa sebarang had ahli tetapi hanya pengendali boleh menyampaikan mesej.
Kebanyakan video di media sosial ini memaparkan penderaan dan eksploitasi seks terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Sebahagiannya dilihat menjerit, menangis dan berkali-kali merayu kepada pelaku kerana tidak sanggup diperlakukan sedemikian.
Dalam satu video “Melayu bawah umur”, apabila dua lelaki memasukkan jari ke dalam kemaluannya, kanak-kanak itu menjerit, “sakit, nak balik” dan dijawab oleh pelaku “sakit? Kejap  lagi kita pergi hospital, nak?”
Tangisan dan rayuannya tenggelam dalam gelak ketawa dua lelaki tersebut.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Guna Media Sosial Telegram Sebagai Medan Sebar Video - Video Lucah & Rogol Kanak-Kanak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect