Punca utama video ini menjadi viral kerana penggunaan ayat dan kata-kata yang boleh kami katakan memang tak senonoh!
Kalau betul lah pon nak buat marketing rasanya tak perlulah sampai nak berkelakuan macam ni...kan?
Video berdurasi 3 minit itu memaparkan seorang wanita yang bercerita mengenai kisah rumahtangganya (hubungan intim) yang semakin suram kerana penggunaan produk keintiman yang tidak berkesan
LIHAT VIDEO DISINI
Situasi video ini boleh dikatakan agak sama dengan video Bella. Tetapi penggunaan kata yang digunakan agak keterlaluan dan sememangnya tidak senonoh. Kami sendiri tak sanggup
Katanya, produk tersebut menjanjikan beliau kelihatan cantik. Tetapi sebaliknya, beliau sering dikritik oleh suaminya yang dikatakan tidak puas semasa menjalani hubungan intim. Tiada ghairah!
Apa yang lebih menggelikan apabila perkataan tidak senonoh yang diungkapkannya itu asyik berkali-kali diulang oleh cameraman yang seolah-olah sangat suka dengan situasi tersebut.
Apabila kami tonton sehingga habis, kami dapat rasakan ini sebenarnya teknik marketing yang mereka gunakan untuk mempromosi sebuah produk yang bernama JUS KHAZANAH. Yelah, zaman sekarang kan zaman viral. Jadi, mungkin ada sesetengah pihak berfikir, beginilah caranya bagi mendapatkan jalan mudah untuk memperkenalkan sesuatu jenis produk. Betul tak?
Biasalah bila dah jadi viral, semakin ramailah yang akan memberi komen apatah lagi mengutuk. Apabila menyusur ke ruang komen, ini antara jenis komen netizen yang kami baca:
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "'Dulu Dia Ok, Lepas Minum Jus Tu Terus Hilang Maruah'"
Post a Comment