Dilema Nora Danish, terpaksa beraya bersama bekas mertua kerana anaknya cucu pertama bekas MB Perak

Setiap tahun menjelang Aidilfitri, pelakon Nora Danish selalu memendam rasa dek terperangkap dalam dilema selepas bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada 2008.

Dilema perit Nora Danish, terpaksa beraya bersama bekas mentua

Dilema perit Nora Danish, terpaksa beraya bersama bekas mentua

Pelakon dan usahawan ini terpaksa beraya bersama bekas keluarga mertuanya, mantan menteri besar Perak dan speaker Dewan Rakyat, demi memastikan anak Putra Rayqal Rizal Ashram, 7, dapat bersama keluarga itu.

Namun, apabila sambutan keluarga itu dipaparkan di media sosialnya, Nora, 34, mendapat kecaman peminat pula yang menganggap beliau tidak wajar berbuat demikian.

Hatinya berat hendak ke sana tetapi tidak pula sanggup berpisah dengan satu-satunya anak di hari mulia. Namun, bekas mertuanya Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah memahami nasibnya.

“Selalunya malam raya pun sudah mula orang melemparkan pelbagai kata-kata kurang manis apabila saya memuat naik gambar bersama keluarga mertua di Instagram.

“Saya tidak faham kenapa orang di luar perlu bising? Sepatutnya jika dilihat pada sudut berbeza, yang peritnya ialah saya kerana terpaksa mengulangi situasi sama setiap tahun walaupun sudah tidak ada ikatan kekeluargaan.

“Saya dan keluarga bekas mertua lebih mementingkan perkara yang nyata di depan mata seperti keluarga, adik-beradik dan anak berbanding memikirkan pandangan peminat serta orang lain.

 

 

“Namun, saya anggap sambutan Aidilfitri bersama mereka adalah satu kebaikan dan perkara positif.

“Buat apa ambil peduli kata orang, bukan mereka yang membesarkan saya dan memberi kasih sayang,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Pelakon filem “Bencinta” terpaksa menyambut hari lebaran di rumah mertua kerana anaknya cucu pertama keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib.

“Biasanya pada malam raya dan hari raya pertama, saya akan berada di kediaman keluarga bekas mertua kerana anak Putra Rayqal ada di sana.

“Saya hanya mempunyai seorang anak dan dia merupakan cucu pertama dalam keluarga bekas mertua.

“Justeru, diwajibkan setiap kali hari raya Raqyal perlu ada bersama datuk dan neneknya untuk berkumpul dengan semua sepupu. Jika tidak pergi bermakna saya terpaksa berpisah dengan anak pada hari raya.

“Bagi saya perkara itu sangat mustahil. Walaupun tiada lagi hubungan perkahwinan, tidak salah untuk ke sana kerana mertua ibarat ibu dan bapa sendiri,” beliau dilaporkan berkata.

Nora merancang berkahwin dengan Nedim Nazri Aziz tahun ini dalam majlis kecil-kecilan. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

Nora merancang berkahwin dengan Nedim Nazri Aziz tahun ini dalam majlis kecil-kecilan. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

“Apa yang penting niat, lainlah jika telah berkahwin kelak, sudah pasti saya akan mengutamakan suami tercinta terlebih dahulu dan rutin itu pasti akan berubah.”

Nora merancang berkahwin buat kali kedua dengan Nedim, anak menteri Datuk Seri Nazri Aziz, selepas Aidilfitri. Namun tarikh tetap belum dipastikan.

“Selepas raya, saya mungkin akan berkahwin, tetapi belum pasti kerana masih tidak ada tarikh muktamad. Apa yang pasti saya mahu berkahwin dalam tahun ini kerana usia pun sudah 34 tahun,” katanya lagi seperti dilaporkan.

“Saya hanya akan bernikah dan tidak akan mengadakan sebarang resepsi. Majlis kecil-kecilan sahaja dan tidak akan ada sidang akhbar seperti selebriti lain sebab segan sudah tua dan ini perkahwinan kedua.”

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Dilema Nora Danish, terpaksa beraya bersama bekas mertua kerana anaknya cucu pertama bekas MB Perak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect