Bergelar Selebriti, ‘Cikgu Aishah’ Dapat Diskaun Juadah Bazar Ramadan


Untung baru setahun berstatus selebriti, Puteri Aishah sering diberi potongan harga setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan.

Puteri, 22, yang lebih dikenali dengan gelaran Cikgu Aishah tidak kisah untuk bersesak dengan orang ramai dan menjadikan bazar di kampungnya di Port Dickson sebagai pilihan setiap kali bulan puasa.

“Cuma kali ini berbeza sedikit sebab sudah ada yang mengenali saya.

“Malah kalau saya membeli makanan, mereka memberikan potongan harga. Rasa segan pun ada, tetapi saya anggap itu adalah rezeki,” katanya dilapor Harian Metro.



Peserta Dewi Remaja 2015 itu juga menjadikan Ramadan sebagai peluang untuknya berdiet.

Bekas guru sementara itu juga mengurangkan makan ketika waktu sahur dan berbuka.

“Bukan apa, saya jenis yang susah nak turunkan berat badan. Mungkin sebab saya kurang bersenam membuatkan perkara itu berlaku.

“Jadi sepanjang berpuasa ini saya mencuba untuk berdiet. Tambahan pula selepas sambutan Aidilfitri saya terbabit dengan penggambaran filem yang memerlukan saya kurus.

“Ini satu lagi cabaran saya,” katanya.




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Bergelar Selebriti, ‘Cikgu Aishah’ Dapat Diskaun Juadah Bazar Ramadan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect