Seorang lelaki mengalami kecederaan serius apabila belakangnya hampir berlubang selepas menjalani rawatan bekam setiap hari selama hampir sebulan.
Bekam sampai reput
Li Lin, 63, menjalani rawatan bekam di sebuah pusat kesihatan tradisional di sini bagi mengubati sakit sendi yang dialaminya.
Lelaki itu menjalani rawatan bekam pada setiap hari bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Jun lalu.
Li berkata, pengamal perubatan menyarankan dia menjalani rawatan bekam selama sebulan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.
Rawatan itu menggunakan beberapa cawan yang dipanaskan bagi mewujudkan kesan sedutan pada kulit pesakit yang biasanya meninggalkan kesan lebam.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Bekam sampai reput, badan hampir berlubang"
Post a Comment