Seorang lelaki maut dengan mayatnya berkecai selepas dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api itu dalam kejadian di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, dekat sini petang tadi.
Lelaki berkecai dilanggar ETS
Mangsa, Mohd Afendy Yaziz, 20, yang menetap di Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, dipercayai seorang penganggur.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketiak mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.
Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.
Sumber: BH Online
Related Posts :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia gesa peniaga letakkan imej babi atau anjing pada produkPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa peniaga segera meletakkan imej babi atau anjing pada produk yang menggunakan bahagian bina… Read More...
Jamal Abdillah, Wahid Senario Hadir Himpunan RUU355Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan pelawak, Wahid Senario hadir pada Himpunan 355 bagi menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang… Read More...
“Sejak saya kurus, sikap suami berbeza sangat seolah-olah mula cemburu, dulu tidak begitu” – Catriona RossSETELAH sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, penampilan terbaharu pelakon Catriona Ross sangat mengejutkan apabila tampil lebih lang… Read More...
Tragedi basikal: “Biar dia menangis, jangan kita yang menangis” – Sultan JohorSultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meminta ibu bapa supaya memantau pergerakan aktiviti anak serta tidak membenarkan mereka keluar bersen… Read More...
“Dia sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga”Keluarga Haizad Kasrin, salah seorang daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dek… Read More...
0 Response to "Video lelaki lompat pagar untuk ke kedai runcit dilanggar train ETS sampai berkecai"
Post a Comment