‘Tidak normal’ gadis Timur guna gincu bentuk zakar, lapor akhbar

‘Tidak normal’ gadis Timur guna gincu bentuk zakar, lapor akhbar

 

Gincu berbentuk zakar kini semakin menarik perhatian ramai gadis di Internet apabila dijual dengan harga serendah RM20, lapor Harian Metro.

Akhbar itu juga melaporkan gadis yang membeli gincu berkenaan, dalam 12 warna, sebagai hadiah kepada rakan sempena parti bujang atau parti seks.

‘Tidak normal’ gadis Timur guna gincu bentuk zakar, lapor akhbar

‘Tidak normal’ gadis Timur guna gincu bentuk zakar, lapor akhbar

Ginju yang dijual di Instagram, Amazon dan eBay — dilaporkan diimport dari Amerika Syarikat — menawarkan tambahan RM10 jika nama rakan mereka mahu diletakkan di ginju berkenaan.

Perunding psikologi individu dan keluarga Universiti Putra Malaysia berkata mereka yang membeli gincu berkenaan “tidak normal” dan cenderung kepada aktiviti seks.

Siti Fatimah Abdul Ghani berkata penggunaan ginju berbentuk begitu melanggar nilai moral wanita Timur yang seharusnya pemalu dan bersopan-santun.

“Pemakaian ginju itu di khalayak ramai adalah ‘tidak manis’ dan harus dielakkan kerana ia tidak mengikut norma masyarakat dan budaya Timur walaupun ia dipakai sekadar untuk suka-suka.

“Selain itu, benda sulit sepatutnya tidak boleh dipertontonkan kepada umum walaupun ada yang beranggapan ia luar biasa,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi semalam.

“Matlamat tidak menghalalkan cara,” tambah Siti Fatimah.

Pada Februari lalu, seorang ahli perniagaan membuat aduan polis setelah selfie beliau dengan bahulu berbentuk kemaluan lelaki disebarkan meluas hingga mendapat kecaman.

Gambar selfie itu menunjukkan wanita itu dengan kuih tersebut yang dijual di sebuah kedai sebelum Tahun Baharu Cina di Miri, Sarawak.

Awal bulan ini seorang senator mendakwa gincu bersalut ganja dijual dengan meluas, termasuk di kedai-kedai di lapangan terbang negara ini.

Namun pemeriksaan Kementerian Kesihatan tidak menemuinya tetapi ia mengakui wujud jualan kosmetik yang bersalut ganja di Internet tahun lalu.

Sumber : Malay Mail

Related Posts :

0 Response to "‘Tidak normal’ gadis Timur guna gincu bentuk zakar, lapor akhbar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect