Pemilik syarikat penerbangan, Rayani Air, Ravi Alagendrran gagal menghadiri inkuiri dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) apabila beliau terpaksa dimasukkan ke hospital setelah pengsan semalam.
Pemilik Rayani Air pengsan
Ekoran kejadian itu, isterinya, Karthiyani Govindan yang juga Pengarah Kewangan Rayani Air mengantikan beliau bagi memberikan keterangan pada inkuiri tersebut yang diadakan di pejabat DCA di sini semalam.
Ketika ditanya pemberita mengenai sesi inkuiri yang berlangsung hampir dua jam tersebut, Karthiyani memberitahu, beliau telah menjawab segala persoalan ditimbulkan oleh DCA berhubung masalah operasi penerbangan Rayani Air.
“Setakat ini, saya jawab dengan baik. Namun terdapat satu lagi sesi inkuiri pada minggu depan,” katanya di sini semalam.
Terdahulu Karthiyani ditemani seorang kakitangan Rayani Air tiba di Ibu Pejabat DCA di sini pada pukul 8.30 pagi bagi menghadiri sesi inkuiri di hadapan pengurusan DCA.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber: Kosmo
0 Response to "Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran pengsan"
Post a Comment