Netizen tertipu! Pesta makan durian sampai kenyang dengan hanya bayar RM 10 sebenarnya cumalah…

Pusat Khidmat Parlimen Larut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, menafikan viral berhubung festival pesta makan durian hingga kenyang dengan hanya RM10 yang akan diadakan di daerah ini pada 4 Jun depan.

Netizen tertipu! Pesta makan durian sampai kenyang dengan hanya bayar RM 10 sebenarnya cumalah...

Netizen tertipu! Pesta makan durian sampai kenyang dengan hanya bayar RM 10 sebenarnya cumalah…

 

Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Amran Abdul Rahman berkata, pihaknya berasa kecewa dengan penyebaran maklumat palsu mengenai festival itu dan pihaknya tidak tahu menahu mengenai penganjuran program itu.

“Kami kecewa dengan penyebaran melalui media sosial itu kerana setakat yang kami tahu, tiada program sedemikian dan pihak kami memang tiada menganjurkan festival makan pulut durian itu,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Amran berkata, penyebaran berita itu dalam laman sosial menyebabkan orang ramai menghubungi pihaknya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai festival itu sedangkan pada hakikatnya program itu tidak wujud.

Katanya, pihaknya juga cuba mengesan jika benar ada penganjur lain, namun setakat ini penganjur gagal diketahui.

Sumber  : Metro

Related Posts :

0 Response to "Netizen tertipu! Pesta makan durian sampai kenyang dengan hanya bayar RM 10 sebenarnya cumalah…"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect