Mudahnya kahwin ikut cara GPS

“Alhamdulillah, duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk majlis pernikahan kami minggu depan dapatlah digunakan untuk keperluan kami selepas kahwin,” kata Muhammad Firdaus Md Saman, 25, antara 16 pasangan pengantin baharu golongan asnaf yang diraikan dalam satu majlis persandingan beramai-ramai, di sini, semalam.

Kahwin mudah ikut cara GPS

Kahwin mudah ikut cara GPS

Pemandu lori itu berkata, dia amat bersyukur kerana tidak menyangka ada pihak sudi menanggung kos kelengkapan perkahwinan yang disifatkannya agak mewah untuk golongan tidak berkemampuan sepertinya.

“Sememangnya Islam itu begitu indah kerana rezeki tajaan seperti ini amat membantu saya dan 15 pasangan pengantin lain berjimat untuk mengadakan majlis persandingan seperti ini dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini.

“Untuk mendapat pelamin, pakaian, hiasan dan dewan makan seperti ini, mungkin saya perlu keluar belanja puluhan ribu ringgit, tetapi syukur kerana segalanya-galanya disediakan secara percuma,” katanya.

Dia ditemui ketika majlis pernikahannya dengan isteri Fathiya Aulia Qaisara Pelin, 26, pada program Gerbang Pengantin Sejoli (GPS) to Jannah di Pusat Konvensyen TM, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Related Posts :

0 Response to "Mudahnya kahwin ikut cara GPS"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect