Menurun tujuh peratus, orang Singapura hilang minat pada Malaysia
Kejatuhan ringgit tidak membawa apa-apa kesan positif untuk menarik lebih ramai pelancong Singapura ke Malaysia apabila kedatangan mereka jatuh tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.
Data yang dikeluarkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di republik itu menunjukkan 12,390,754 pelancong negara jiran melawat Malaysia tahun lalu, lapor The Straits Times.
Menurun tujuh peratus, orang Singapura hilang minat pada Malaysia
Angka ini menurun berbanding 13,932,967 pelancong yang direkodkan pada tahun 2014.
Pakar-pakar pelancongan yang dipetik akhbar itu menyatakan satu faktornya mungkin minat rakyatnya berubah, kini lebih suka melancong ke destinasi lain di negara yang mata wangnya lebih rendah.
Faktor-faktor lain termasuk kesesakan lalu lintas di dua lebuhraya masuk ke negara ini dan kebimbangan mereka terhadap jenayah di Malaysia.
Pengarah komunikasi dan perhubungan awam Dynasty Travel, Alicia Seah berkata rakyat Singapura sedang “keletihan” dengan perjalanan ke sini dan mahu mencari tempat-tempat lain.
“Jika anda terbang atau melancong dengan kapal persiaran atau feri, ada banyak destinasi harga murah yang sebanding seperti Bandung dan Surabaya. Anda boleh sampai kurang dua jam,” katanya.
Sumber : Malay Mail
0 Response to "Menurun tujuh peratus, orang Singapura hilang minat pada Malaysia"
Post a Comment