SEORANG wanita melecur apabila belon udara panas yang dinaikinya bertembung dengan tiang elektrik dan ‘terbakar’ sebelum terhempas ke padang.
Wanita Melecur Belon Udara Panas Terkena Tiang Elektrik Sebelum Terhempas
Kejadian berlaku di Earls Barton, dekat Northampton di England pada Ahad.
Wanita berusia 22 tahun itu melecur di bahagian belakang, lengan dan tangan.
Mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham untuk mendapatkan rawatan.
Memetik laporan BBC, juruterbang berusia 64 tahun tidak mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, jurucakap bagi Khidmat Ambulans East Midlands berkata, juruterbang itu mengalami cedera ringan dengan kesan lecur dan dirawat di tempat kejadian.
Seorang saksi berkata, sebelum kejadian berlaku, belon udara panas mengalami masalah untuk naik ke paras lebih tinggi.
Bakul belon udara panas itu kemudiannya mengenai tiang elektrik menyebabkan kebakaran berlaku.
“Saya dapat melihat belon itu mengempis dengan cepat sebelum ia terhempas,” kata saksi yang enggan dikenali. – Mail Online
Sumber: MStar
Related Posts :
9 Sebab Ini Kenapa Pelajar 10A SPM Tolak Masuk Universiti Dan Pilih Tingkatan 6
Selepas mengambil keputusan SPM, kebanyakkan pelajar buntu untuk memilih laluan seterusnya, sama ada melangkah ke alam universiti, masuk … Read More...
Wanita Cantik Datang Dengan Kereta BMW Merungut Apabila Mendengar Harga Kuih 50sen Satu
Pakai kereta BMW, dompet LV , tudung Aryani, beli kuih tepi jalan pun nak minta diskaun ke wehhhhh. Acik kuih : eh kay, mehlah singgah ni… Read More...
Sogo Akan Dibuka Secara Rasminya 27 Mac Ini Di Shah Alam, Tak Perlu Serabut Ke Jalan TAR Lagi
Zaman dak-dak 90-an dulu, kalau ditanya tempat mana nak tunggu untuk dating, kalau tak sebut Central Market mesti sebut Sogo! Hahaha.
So… Read More...
Pengerusi SPR dikecam kerana menghina orang Kelantan sebagai kaki kelab malam
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun dikecam netizen selepas beliau mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap r… Read More...
KEINGINAN UNTUK BERHENTI JADI MISKIN BUATKAN ALHA ALFA BERJAYA
Penulis: Nadia Nazri
Nama Alha Alfa pasti tidak asing lagi buat anda yang gemarkan dunia hiburan dan kosmetik. Pada usia 30-an, Dato’ Alha … Read More...
0 Response to "Belon udara panas terkena tiang elektrik sebelum terhempas, wanita melecur"
Post a Comment