JIKA sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan artikel tentang wanita yang buat roti menggunakan yis daripada vaginanya sendiri, kali ini kami mahu kongsikan satu lagi inovasi “berwawasan tinggi” terbaharu dari bumi Eropah: bir bendalir faraj!
Diberi nama Bottled Instinct, bir ini tanpa syak lagi memberi definisi ‘anu dalam botol’ yang sebenar.
Pembuatnya, The Order of Yoni daripada Republik Czech berkata, bir ini dibru daripada keputihan vagina milik model warganegara Czech, Alexandra Brendlova dan menjanjikan ‘initipati kewanitaan dalam setiap tegukan’.
Tak berapa pasti apa maksudnya.
“Kandungan asid laktik yang tinggi di dalam bendalir faraj wanita menjadikannya antara ramuan paling sesuai untuk menghasilkan bir,” terang The Order of Yoni di dalam laman webnya.
“Untuk mengesktrak keputihan ini, mula-mula kami perlu memasukkan sebatang ‘kayu ginekologi’ ke dalam vagina wanita tersebut.
“Batang kayu ini kemudiannya akan dibawa ke makmal di mana bakteria asid laktik itu akan ‘diasing dan dibersihkan’.
“Bakteria yang dikumpulkan seterusnya digunakan di dalam pek permulaan kultur mikroorganisme dan diadun dengan hop, malt, cip kayu dan yis untu menghasilkan bir ini.”
Merasakan produk mereka bakal mencetuskan fenomena, syarikat tersebut menggunakan laman web pembiayaan komuniti Indiegogo untuk mendapatkan dana untuk mengembangkan produksi minuman ini.
Jumlah yang mereka perlukan adalah €150,000 atau RM668 970.18.
Menurut The Order of Yoni lagi, bir tersebut tidak mempunyai sebarang bau atau rasa vagina, namun diperisakan dengan ‘naluri’ dan ‘pesona’ serta ‘kelembutan’ personaliti Alexandra.
Seterusnya, kata syarikat itu lagi, dengan meminum bir Bottled Instinct ini, seseorang akan dapat merasakan sensasi seperti bersama seorang wanita. Pendek kata, Bottled Instinct dipasarkan sebagai ‘wanita di dalam bentuk minuman beralkohol’.
Maksudnya, bir ini memang simbol objektifikasi terhadap wanita di tahap yang tertinggi, seperti yang ditulis di dalam deskripsi produk ini di laman webnya:
“Bayangkan wanita idaman anda, objek nafsu berahi anda.
“Tarikan magnetiknyanya, keghairahannya…Rasakan sensasi personanya pada setiap deria rasa anda…
“Bayangkan wanita itu sedang mengurut-urut anda dengan penuh berahi sambil membisikkan kata-kata mengasyikkan di telinga anda.
“Sekarang, bebaskan fantasi anda dengan sebotol bir Bottled Instinct!”
Dari sudut kebersihan pula, anda tak perlu risau. Semua wanita yang sukarela ‘mendermakan’ bendalir faraj mereka itu perlu menandatangani satu kontrak yang mengesahkan bahawa mereka bukanlah pekerja seks, mempunyai penyakit kelamin ataupun seorang pelakon filem lucah!
Buat masa ini, harga setiap botol bir ini adalah €39 (RM215.05) dan sebahagian daripada wang itu akan disalurkan kepada Alexandra sebagai tanda penghargaan, mungkin.
Kami ramalkan bir ini akan laris terjual dalam kalangan mereka yang ‘forever alone’dan takut untuk bergaul dengan kaum Hawa. Ya lah, lelaki normal mana yang tergamak teguk air yang dirumus daripada keputihan, kan? –SUMBER MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Anu Dalam Botol: Bir Lendir Vagina Cetus Sensasi"
Post a Comment