Achey Mohon Maaf, Karaoke Sambil Memandu

Viral di media sosial apabila pelawak, Achey Bocey memuat naik video karaoke sambil memandu.

Walaupun lawak namun ada sesetengah netizen yang menganggap perbuatan itu mengundang bahaya bukan sahaja kepada Achey tetapi orang lain juga.



Apatah lagi di dalam video tersebut dilihat terdapat beberapa kereta yang melintasinya.

Media Hiburan Online telah menghubungi Achey sendiri untuk mendapatkan komennya berkenaan perkara ini.

"Pada masa itu saya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis resepsi Shahrol Shiro dan memandu di lorong kenderaan perlahan.

“Sebenarnya itu adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menghiburkan diri sendiri.

“Bagaimanapun saya tetap memberikan penumpuan pada pemanduan saya.

"Pun begitu, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan lain, selain menjadi peserta Maharaja Lawak Mega 2016 Achey baru sahaja habis penggambaran filem ‘Abang Long Fadil 2’ arahan Syafiq Yusof.

Baca di website

Related Posts :

0 Response to "Achey Mohon Maaf, Karaoke Sambil Memandu"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect